Pages

Friday, November 3, 2017

Expedisi Mt. Raung Day 3: Summit Attack Part 1

Raung, Kalibaru, Indonesia
Sunday, 24 Sept 2017


Aku terjaga sebelum pukul 1am lagi. Kalau ikutkan set jam nak bangun pukul 1am tapi dah tergerak awal sebab Fad & Adeq dah jaga lagi awal. Ada 1 hr preparation sebelum Uncle panggil nak breakfast and before gerak for summit attack. Final preparation just to make sure apa yang tak complete lagi. Teringat pesan uncle suruh kami buat solat hajat dulu sebelum gerak untuk summit attack. Since dah bangun awal tu, masa yang ada kami gunakan untuk solat terlebih dahulu, berdoa semoga dipermudahkan segalanya.

For summit attack hiking attire, aku pakai outdoor long john, t-shirt Raung & waterproof jacket. Others, Hiking stick, Headlamp, Buff, Gloves, Harness, Safety Helmet & small backpack for summit attack. Untuk energy, aku bawa choc kit kat, Packed lunch (burger), Air 1.5L & 500ml 100Plus (air kejayaan). Kalau boleh kurangkan beban untuk summit attack. Bawa kelengkapan yang perlu saja sebab trek nak sampai ke first peak (puncak bendera) memang sokmo mencanak. Dan trek menuju puncak sejati pula, banyak menggunakan extra energy for climbing & balancing. So, advantage kalau boleh kurangkan beban.

Selebihnya, berdoalah kepada Allah swt semoga dipermudahkan segalanya. InsyAllah.

Kami breakfast dalam pukul 2am. Awal gila kan makan tapi memang kena makan pun sebab nak guna banyak energy lepas ni. Breakfast kami pagi tu, nasi putih & rendang daging dengan hot tea. Ada juga lah selera nak makan pagi tu sebab siap tambah lagi. Mula-mula ambil first portion konon-kononya tak nak nasi banyak. Tapi sebab lauk panas kan, tiba-tiba jadi selera pulak. Untuk lunch, kami dibekalkan dengan burger daging. Tapi bagi aku memang tak cukup hanya makan burger saja sebab nak tunggu lunch kat Puncak Sejati tu memang masih jauh lagi perjalanan nak sampai. Silap aku kali ni sebab tak bawa extra makanan selain chocalate kit kat. Memang serioulsy tak cukup. Silap besar juga tak ambil tahu seriously return timing nak sampai campsite balik. Sebab aku budget, timing selalunya sama lah macam trip aku sebelum ni ke Rinjani, Kerinci & Semeru. Means by tengahari tu dah boleh sampai Campsite for lunch. Tapi tu semua tak berlaku di Raung. Mana tahu trip kali ni aku hanya sampai kat campsite dah gelap gelita & terus dinner saja. 


First portion sebelum tambah lagi

After heavy breakfast, kami terus bersiap sedia & berkumpul dihadapan khemah untuk final briefing by Uncle. Lepas tu buat streching sebelum memulakan pendakian. Lebih kurang dalam 2.40am waktu Indonesia, kami memulakan perjalanan menuju puncak.

Bismillahirrahmanirrahim...


Camp 7 - Camp 8 - Camp 9

Trek menuju Pos 8 agak menanjak dan memerlukan masa sekitar 1.5 hingga 2hrs. Pos 8 berada pada ketinggian 2876 mdpl merupakan tanah yang agak mendatar & space pun agak limited nak setup khemah. Kami stop sekejap for Suboh prayer.

Boleh tahan juga dingin pagi tu tapi tak sekeras Rinjani & Semeru.


Dalam kegelapan menuju Puncak Raung


Camp 8 – Camp 9

Estimated time dari Camp 8 ke Camp 9 lebih kurang 1 jam perjalanan. Kat sini pun arae agak limited nak dirikan khemah. Camp 9 berada pada ketinggian 3023 mdpl dan merupakan batas terakhir hutan.


Sunrise view otw heading to Camp 9

Sunrise view from Camp 9

Lepas Camp 9, trek sudah mulai berbatu & terbuka. Tak sempat nak kejar sunrise di camp 9, huhuhu. Tiba kat Camp 9, kami mula mempersiapkan diri dengan peralatan climbing sebelum meneruskan perjalanan untuk summit attack. Antara alatan climbing yang perlu ada antaranya kernmantle rope, carabiner, harness, ascender, figure of eight etc. harus dipastikan masik ok & dipasang dalam keadaan yang betul.


Our last preparation at camp 9

Later, ada short briefing by our guide before start trekking to Puncak Bendera. Cara-cara nak abseiling yang betul, nak guna ascender & figure of 8. Kalau yang dah biasa tu, lebih kurang macam refresher course lah.


Briefing by our experienced guide, Totok

Ready for the adventure


Camp 9 - Puncak Bendera

After briefing & siap-siap dengan kelengkapan harness bagai, perjalanan dimulakan menuju Puncak Bendera. Tak jauh mana pun, lebih kurang 10-15min dari Camp 9 akan sampai di puncak bendera atau puncak Kalibaru yang berada di ketinggian 3154 mdpl. Actually, kalau tak berkabus pagi ni, boleh nampak jelas puncak sejati dengan jalur yang sangat ekstrim, puncak 17 yang berbentuk seperti piramid dan puncak tusuk gigi. Tapi sebab kabus agak tebal pagi tu, so, penglihatan pun agak terhad.


Puncan Bendera Raung

Kami berkumpul dulu semua di puncak bendera sebelum memulakan perjalanan yang lebih getir lagi. Sebabnya, perjalanan sebenar yang lebih mencabar & menggerunkan menuju Puncak Sejati akan bermula dari Puncak Bendera. Bunyi macam dasyat je kan. Tapi sebab cuaca agak berkabus, so, mungkin tak nampak ketakutan yang amat ketara dari permulaan pendakian. 


My First Peak of Raung... Puncak Bendera

The real journey of Raung kat belakang tu ya

To be continued...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...