Pages

Wednesday, April 26, 2017

Mount Angsi... after 2 years

Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Saturday, 22 April 2017


Last Saturday, my kakigym ada organize hiking trip to Gunung Angsi. Actually, open to members of kakigym tapi maybe sambutan yang agak kurang dari member, boleh jadi sebab cuti panjang kan, so, boleh lah nak ajak kawan-kawan juga. And aku pun amik kesempatan ajak GSH join sekali memandangkan training kami masih belum cukup sepenuhnya nak menghadapi Kerinci. Padahal, ada 5hari lagi kot sebelum our real adventure to Kerinci (highest volcano in Indonesia). Dengar pun dah serem, inikan nak panjat yang paling tinggi kan.

Actually, this is not my first time panjat Angsi. Last was 2 years back... rasanya masa tu 3 hari sebelum our trip to Rinjani. Dah macam jadi tradisi pulak panjat Angsi sebelum trip hiking kami. Nasib baik panjat Semeru dulu tak buat juga, hahaha. Ohh, kali ni kami masih memilih Ulu Bendul as starting point & berakhir di Bukit Putus. So, half of our cars will be parked at Bukit Putus. Lesson learnt from previous trans Angsi-Bukit Putus. Tak sanggup rasanya nak menapak 3km dari Bukit Putus ke Ulu Bendul. Bagi aku kalau tak bahaya maybe takde masalah sangat tapi sebab laluan nak ke Ulu Bendul tu akan masuk Jalan Besar yang macam highway, so, aku rasa agak risky juga. Lagilah takde proper laluan untuk pedestrian. Kereta laju tak hingat... scary.

Trip kali ni bermula seawal 8pagi. Risau juga pagi tu bila hujan turun macam tak nak berhenti. Alhamdulillah by the time kami sampai, takde hujan dah. Trek pun tak lecak & licin. Kali ni aku & geng amik masa 4jam juga nak sampai puncak sebab banyak emergency stop. Risau pulak tengok kondisi ahli GSH kali ni. Tak cukup training satu, ramai juga yang ada masalah lutut yang agak merisaukan. Harap-harap semua ok by the time kami sampai kat Padang nanti.

Jom layan a few photos taken during our trip. Banyak lagi nak share tapi rasanya boleh refer kat post yang lepas-lepas untuk trek Angsi sebelum ni.


Barisan Jemaah

Last Training for Kerinci for us

Kali ni kami naik Hilux nak ke Ulu Bendul... kereta kami tinggal kat Bukit Putus

Antara daya tarikan kalau lalu trek Ulu Bendul... bisa tergoda ni

Pipeline ni marked the trail heading to Angsi

Hebat sangatlah tu

Antara halangan yang agak getir kali ni

View on the way to the top

Mix of kakigym member & friends

Dulu-dulu favourite place kalo nak amik gamba kat puncak, sekarang tak lagi dah

Alhamdulillah, we did it

After 2 years... sekarang dah ada signboard baru

Alhamdulillah, kami berjaya turun thru Ulu bendul before 4pm. Anyway, really enjoyed sebab dapat kenal ramai kawan baru, hehehe. Thanks so much to our very supportive sweeper yang sanggup menunggu kami ber-6 bersama-sama naik & turun dengan jayanya.


Haji Shariff Cendol... penutup cerita hari ni

Until the next trip...

And PRAY FOR OUR SAFETY TO KERINCI

May ALLAH ease everything.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...