Pages

Sunday, September 4, 2016

Perth Road Trip 2016: Caversham Wildlife Park

Caversham Wildlife Park, Perth
Thurs, 25 Aug 2016


Ada problem juga mula-mula nak sampai ke sini. Bukan sebab kami sesat tapi sebab GPS tak boleh nak detect Wildlife Park ni. Al maklum baru lagi kan. Aku ingat lagi No birds staff ada ajar cara nak guna GPS, tapi aku rasa macam susah je sebab nak kena masuk suburb -> street or road name & apa ntah lagi satu. Aku pun jarang guna GPS, rasa macam complicated pulak stepnya. At the end, guna Waze je sebab macam dah banyak buang mas. Luckily, we have Optus. Dan untuk next destination ke Wildlife Park, terpaksa guna khidmat Waze nak guide the route. Alhmadulillah berjaya sampai walaupun dah terlajak jauh juga sebab leka, hahaha. Aku rasa drive kat OZ ni dah macam drive kat KL. Ada masa tu dah macam suka-suka jer nak U-turn bila rasa nak U-turn. Anyway, we still follow the rules. Cukuplah sekali kena sound "They don't stop, because they're from Malaysia"... perghhh terasa juga sebab aku yang tengah drive masa tu. Walaupun bukan besar mana pun silap aku tu (tak langgar peraturan lalu lintas pun) tapi sebab Eein terdengar clearly (maybe dia orang tak notice yang car window kami memang terbuka sikit masa tu).

Back to main story, Caversham Wildlife Park ni sebenarnya dalam Whiteman Park, jauh lagi nak kena masuk ke dalam from the main entrance. Kami pun follow saja kereta depan kami sampai ke parking, hahaha. Sebab macam dah boleh agak ni mesti nak pi Wildlife Park juga ni. Nanti dah parking just follow the signboard nak sampai ke main entrance to Caversham Wildlife Park. Entrance fee is AUD27 for adult.


Parking Area

Entrance to Wildlife Park

Entrance Fee

Map & showtime provided at the entrance

Destinasi utama kami... feed the kangaroo. Sebab ni yang paling dekat dengan entrance, hahaha. Nak kejar showtime, kami baru saja terlepas Koala's show 9.30am tadi. Kami sampai pun dah nak pukul 10am. So, nak kena tunggu next show at 11.00am lah nampaknya. Best juga kasi makan kat Kangaroo ni. Tak sangka jinak belaka. Tak rasa geli macam kat Nara dulu, hahaha. Tapi yang kami jumpa ni size kecik-kecik jer. Nak lari pun malas, hahaha. Ohh, ada satu tong besar provided at this section for visitor to feed tha kangaroo. So, jangan suka-suka bawa makanan sendiri pulak. And sila pakai kasut yang sesuai nak masuk ke sini sebab najis kangaroo ni merata-rata. Kami spend lama juga kat sini sebab nak tunggu next show.


Feed the Kangaroo Area

Biru langit di Caversham

Senang nak bagi makan dia orang ni

Akak sentiasa jadi perhatian

Dah macam gaya nak merotan anak jer

Acah-acah (Pic credit to Eein)

Icon of Australia

Macam tak nak lepas dah

Fear level dah turun sikit masa ni, hahaha

Ni lah akibatnya kalau dah makan banyak

Ajak wefie pun malas...hehehe

Wefie semua

Dah sentuh kangaroo tu jangan lupa pakai hand sanitizer yang dah disediakan kat luar kandang kangaroo ni. Ok, tengok schedule, next show was Wombat & Friends at 11.00am. So, kami ke sana dulu lah. Tak macam Kangaroo... Kaolas & Wombat ada showtime kita boleh take photo together & beramah mesra. Every slot provided with limited time. So, plan your trip wisely kalau yang tak banyak masa tu.

Nak masuk dalam area Wombat & Friends ni pon kena pakai sanitizer dulu. Just then you are allowed to enter. Kiranya, they are particular juga bab-bab macam ni.


Daya tarikan kat sini hanya Wombat saja tapi mana tau sakit pulak kan

Antara yang menarik perhatian juga disini

Queue for the Wombat

Ini jelah yang dapat diabadikan bersama Wombat... kesian sakit katanya

That beautiful smile

Done with Wombat & Friends, kami ke next show "Meet the Koalas". Tadi pagi kami terlepas show yang pukul 9.00 to 9.30am, so, we're lucky able to catch the next show at 11.30am. Haa, by the time kami sampai, queue pun dah panjang. Memang antara show yang ditunggu-tunggu pengunjung lah. Dan sepanjang kami tunggu tu pun hanya satu koala saja yang dia keluarkan. So, nak tak nak, memang kena tunggu turn lah bergambar. Tengok queue pun dah panjang sangat, rasanya, we don't have much time nak take pic with koala alone, so, we take photo together. Mana tahu by time kami punye turn, koala buat hal tak nak bergambar. Adoi. Frust juga masa tu tapi nak buat mana kan. Last-last ambik gamba sekali dengan mummy dia. Lepas dia buat hal tu terus tukar koala yang lain pulak. Hahaha, nak buat macam mana kan, haiwan pun ada mood juga tau. Maybe koala pun tak selesa ramai sangat orang nak tengok dia,


Antara show yang kami nantikan nak bergamba

Takde mood

Alahai manjanya dengan mummy dia

Sedey... tak jadi perhatian macam yang lain

Done with Koala show, kami ke next section. Actually, ada satu lagi show which is "Farm show" near Molly's farm tapi sebab next showtime is 1.00pm, rasanya macam tak sempat nak tunggu. Lagipun, aku dah budget time yang kami perlu gerak from Caversham wildlife park around 12pm. So, kalau banyak masa boleh jer spend selama mana kat dalam ni. Recommend time is at least 3 hours in the park, to make the most of your visit and enjoy all of the attractions. Banyak lagi haiwan lain kat dalam Caversham wildlife park ni. Tapi macam biasalah, daya tarikan kami ke sini, of cos lah nak jumpa dengan species yang kami tak pernah tengok. Yang penting, misi nak jumpa kangaroo & Koala dah terlaksana. 

We ended the tour around 12pm. Lepas ni, destinasi yang seterusnya Pinnacle Desert at Cervantes. Actually, ada Indian Highway yang lagi dekat nak sampai ke sini tapi sebab kami nak lalu wind farm and try another road, so, we have choosen Brand Highway route. And we're lucky, GPS memberi kerjasama yang sangat baik kali ni.

To be continued...



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...